Life Quotes

Wednesday, December 8, 2010

Jangan Tuduh Aku.....(Wali Band)


Jangan kau tuduh aku
Tuduh aku selingkuh
Sadarkah ucapanmu adalah doamu

Jangan kau tuduh aku
Tuduh aku selingkuh
Sadarkah tuduhanmu
Akhirnya yang ajariku ‘tuk selingkuh

Jangan kau tuduh aku
Tuduh aku selingkuh
Sadarkah ucapanmu adalah doamu
Dan jangan kau tuduh aku
Tuduh aku selingkuh
Akhirnya yang ajariku ‘tuk selingkuh

Reff:
Makanya kamu jangan sembarangan berkata
Karena setiap kata adalah doa
Inilah akibatnya kau sering menuduhku
Inilah akibatnya kamu memojokkanku
Akhirnya aku selingkuh

Makanya kamu jangan sembarangan berkata
Karena setiap kata adalah doa
Inilah akibatnya kau sering menuduhku
Inilah akibatnya kamu memojokkanku
Inilah akibatnya kau sering menuduhku
Inilah akibatnya kamu memojokkanku
Akhirnya aku selingkuh

Friday, November 19, 2010

Ni lagi ...Burger Motor...hehehehe

Unik ne.........





caya la.....kreatif o orang yang buat nie.....

sumber pic : www.terselubung.blogspot.com

Katil Burger.....

Ni lah katil yang smart.....


 Unik kan...kalau aku boleh dapat 1 macam nie...huhuhuhu.....

sumber pic : www.terselubung.blogspot.com

Aliff Aziz - Kalau Cinta (Duet Bersama Joanne / With Lyrics)

Monday, November 8, 2010

Program "Pertandingan Sketsa Bertemakan Kempen Anti Merokok Sekolah Menengah Peringkat Zon Daerah Tuaran"

Hai kawan-kawan semua, lama tak jumpa...biasa la sibuk dengan kerja kebelakangan nie...sekarang baru ada masa sikit.

Pada 03.11.2010 Persatuan Seni Budaya Kota Kinabalu dengan kerjasama Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia telah menganjurkan satu Program Promosi Kesihatan iaitu "Pertandingan Sketsa Bertemakan Kempen Anti Merokok Sekolah Menengah Peringkat Zon Daerah Tuaran" di mana program ini melibatkan 4 buah sekolah menengah iaitu SMK St John, SMK Badin, SMK Tamparuli, dan SMK Sri Nangka.

Pihak penganjur amat berbanggan dan berterima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan proram tersebut.Untuk pengetahuan semua SMK Badin telah menjuarai pertandingan tersebut di mana membawa pulang RM 1,500.00, sebuah trofi, dan sijil penyertaan. Manakala Naib Johan dimenangi oleh SMK Tamparuli dan tempat ke-3 SMK St John..

awal pagi sebelum program bermula...




Malam sebelum program...kmi b'kampung d Tuaran....malam tu makan kat KFC....

Wednesday, October 13, 2010

KHAMIS!!!!

Jika ku imbas kembali,pemergian arwah bapaku (Benyamin Bin Bassa, 49 tahun) adalah hari Khamis 08.07.2010 tepat jam 3.58 petang bapa menghembus nafasnya yang terakhir...Pemergian bapa adalah tanpa kami duga....bapa pergi tanpa sebarang pesan atau kata-kata...dia mengalami koma selama 1 hari 1 malam....

Hari itu seperti hari aku tidak mempunyai pengharapan lagi...hari yang paling malang bagiku kehilangan orang yang tersayang dan amat penting dalam hidupku....tapi apakan daya aku tidak boleh berbuat apa lagi...kuserahkan semuanya kepada Tuhan....dialah yang menentukan segalanya....Biar la Bapa di syurga tempatkan dia di kalangan orang-orang yang terpilih...

Hari ini aku menjalani kehidupanku seperti biasa walaupun kadang-kadang aku merasa sungguh sedih jika memikirkan pemergian bapa tapi aku masa mempuyai mama dan adik-adik yang aku perlu jaga.


nie bapa tercinta time dia masi muda2 lagi...
- I MISS MY DAD N LOVE HIM SO MUCH!!!!!!!!!!!! - 


Tuesday, September 21, 2010

ceramah...

Hari ini aku bangun awal daripada biasa...jam 5.45pg(awal berapa minit ja)...aku biasa bangun jam 6.00pg..hehehe..aku tak lama nak ambil masa untuk bersiap pergi kerja lebih kurang 30 minit saja paling lama pun 45 minit..ya lah aku nie bukannya nak bersolek pun,pakai krim muka pastu bedak kompak,pakai celak dan sikat rambut and the last pakai baju...tadah...da selesai!!!!

Pagi nie program aku adalah pergi ceramah di SMK Tamparuli (first time aku menjejak kaki ke sekolah itu) bersih...itulah yang dapat aku gambarkan. Mesti semua tertanya-tanya ceramah apa lah yang aku pergi nie?? kan...kan...kan...???...Alah ceramah pasal kesihatan...cuba teka ceramah apa???...k la jangan pening2 kepala nak fikir ya...aku bagitau la nie...aku pergi ceramah kempen anti merokok....tak percaya ka?? betul,aku pergi ceramah anti merokok tapi bukan aku yang bagi ceramah tau....aku nie kalau di suruh berucap di depan confirm tangan tu dah mengigil pegang mic,berucap pun tak ketentuan...tak tahu kenapa..padahal aku nie da biasa jumpa dengan orang-orang ramai...entahlah mungkin bukan bidang aku untuk berucap2 nie...lagi satu mesti semua tertanya-tanya apa kena mengena aku dengan ceramah kempen anti merokok tu kan??...

Begini ceritanya....

Aku nie setiausaha Persatuan Seni Budaya Kota Kinabalu Sabah(NGO), baru-baru nie persatuan kami telah diberi geran oleh Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia(LPKM) untuk mengadakan satu program kesihatan..so persatuan kami buat lah program promosi kesihatan 'pertandingan sketsa bertemakan kempen anti merokok' so dalam program kami ada kami selitkan ceramah kempen anti merokok ke sekolah-sekolah..itulah sebabnya aku pergi ke ceramah tu...so dah paham da kan...kalau tak paham lagi aku tak tau la nak bagitau macam mana lagi...hehehe

okey...sekarang kita berbalik ke program ceramah tu...ceramah tu disampaikan oleh wakil dari pejabat kesihatan kawasan tuaran En.Jaimie Borubui....ceramah yang disampaikan oleh beliau cukup bersemangat dan banyak fakta2 tentang keburukan merokok tu....paling menyedihkan adalah apabila kita nie menjadi mangsa sebagai perokok pasif jika kita berada dekat dengan perokok...kita pun ada potensi menghidap penyakit yang dihadapi oleh perokok-perokok di luar sana..lagi satu jika salah seorang daripada pasangan yang berkahwin itu merokok potensi anak-anak mereka untuk ketagih merokok juga tinggi(so hati-hati la)...oya,rokok nie kalau dihisap sebatang akan memendekkan hidup kita dalam 2/3 saat (life expectancy)..30% daripada penagih dadah adalah perokok..ketagihan(physical dependence)..karsinogenik (menyebabkan kanser)..teratogenik (diturun dari ibu kepada anak melalui tali pusat)...boleh menyebabkan gangguan kesuburan,gangguan keseimbangan hormon,gangguan sistem deria ...kesan ke atas ekonomi (sebabnya kerajaan membelanjakan hampir RM20 billion untuk mengawal,mencegah)dan banyak lagi la keburukkannya......aku nie tak la pandai nak explain tapi lebih kurang begitu la fakta tentang rokok yang aku dengar....kalau ada kesilapan fakta harap di maafkan ya...hehehe...Untuk makluman semua di Malaysia merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun(ngeri kan mendengarnya)..ramai tu....so kepada rakan-rakan di luar sana yang merokok cuba lah untuk berhenti...aku tahu memang susah untuk berhenti...tapi cuba la...usaha dan azam itu yang penting..ingat lah orang yang tersayang...kepada rakan-rakan yang tidak merokok bagi lah sokongan kepada rakan-rakan anda yang berusaha untuk berhenti merokok ya...sama-sama la kita saling bantu membantu...

Ini sajalah coretan aku hari nie...kalau ada cerita akan datang aku akan post kan k...

Jaga diri semua....

Puncak gunung kinabalu...nampak tak....tapi t'lindung sikit dengan pokok kelapa nie...



Ni pengerusi PSBKK, En.Zhamriee Gulam Rasul
Ni la penceramah dari Pejabat Kesihatan Kawasan Tuaran, En.Jaimie Borubui

Friday, September 17, 2010

Percubaan...hehehe (>,<)

Salam sejahtera smua...(>,<)
Firstime nak bt blog nie....ya la pa tdk nya aq nie suka sgt tgk blog org lain so rasa teruja sgt nak ada blog sndiri...jd pa g aq try bt la...ni la kesudahan blog aq...klu ada cacat cela paham2 ja la budak bru belajar katakan...xda org nak tunjuk ajar just bt sndiri b'gantung dgn kebolehan sndiri...payah jga la....pening2 da...hehehehe....d harap dgn blog nie kita dpt kongsi idea2 kita n pengalaman2 kita k....

Thaanks utk smua...

NIE LA AKU (PENULIS BLOG)


Thanks 4 visiting!!!!!!!!!

Thanks ya datang melawat kat blog nie....biasa la belum mahir lagi buat blog nie...anyway,kalau ada silap dan salah harap di maafkan ya.....thanks sooooo much.............


Aku menulis blog nie hanya sekadar mengisi masa lapang dan menjadi diari ku yang ingin ku kongsikan bersama. Aku memohon izin mengambil, menciplak atau memaparkan apa-apa artikel atau gambar kepada sesiapa sahaja yang empunya, harap diizinkan ya. Jika saudara/saudari tidak izinkan mohon bagitahu ya,dengan serta merta aku akan padamkan...Thanks..